Makna do'a Yasin Tahlil Arwah

Makna Doa Tahlil

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmatNya.
Wahai Tuhan kami, kepadaMu tertumpu segala pujian sebagaimana layak bagi kebesaran pemerintahanMu.
Ya Allah, kami pohonkan selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad sebagai selawat yang melepaskan diri kami dari bala bencana,
Tunaikanlah ya Allah segala hajat kami, dan selawat itu engkau bersihkan kami dari segala keburukan dan Engkau angkatkan kami disisiMu setinggi darjat dan Engkau sampaikan ke hujung harapan dan cita-cita kami dari segala kebaikan semasa kami hidup dan selepas mati.
Maha suci Engkau ya Allah, kami tidak dapat mengira pujian kami ke atasMu sebagaimana Engkau puji ke atas diriMu, maka kepadaMu segala pujian sehingga Engkau redhai dan untukMu pujian apabila Engkau redha dan untukMu pujian selepas Engkau redha.
Ya Allah pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad di permulaan dan pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad di hari penghabisan dan pohon selawat ke atas Nabi Muhammad setinggi-tingginya sehingga hari kiamat dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sehingga diwarisi bumi dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris.
Ya Allah jadikanlah, sampaikanlah dan terimalah pahala bacaan yang kami baca daripada kitab Al-Quran yang agong, dan pahala bacaan yang kami tahlilkan dari “La ilaha illallah” dan pahala bacaan istighfarnya dan pahala bacaan zikir dari sebutan “Ya Allah” dan pahala selawat dan salam kami ke atas Nabi Muhammad pada saat yang berkat ini sebagai hadiah dari kami sebagai penghubung dan ia sebagai rahmat dariMu
yang turun membawa berkat yang meliputi, juga sebagai sedekah yang diterima, dikemukakan dan dihadiahkan kehadrat penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W. kemudian kepada roh-roh para isterinya, keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan tabiin, tabi’ tabiin bagi mereka kebaikan
hingga hari kiamat.

Ya Allah, jadikan selawat itu pemisah, penyelamat, pendinding dan penebus mereka dari api neraka.
Ya Allah, ampunilah, kasihanilah, sihatkanlah dan maafkanlah mereka.
Kemudian berikanlah pahala sedemikian juga kepada roh-roh ibu bapak kami dan guru-guru kami dan berikanlah juga pahala kepada ibu bapak kami dan guru-guru kami  dan berikanlah juga pahala kepada ibu bapakdan guru-guru kepada ibu bapak kami seterusnya sekelian orang Islam dari timur ke barat.
Ya Allah, jadikanlah kami dan rakan-rakan kami dan rakan ibubapa kami juga dengan sekelian yang hadir dan ibubapa mereka semuanya berada dalam rahmat dan kasih sayang.
Masukkan kami dan mereka ke dalam syurgaMu yang saujana luas, Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, penganugerahan yang mengindahkan langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Ya Allah, pohon pindahkan dari mereka kesempitan lubang kubur dan lahad kepada syurga abadiMu, kepada naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak yang tidak terhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk bersama orang-orang yang mendapat nikmat yang terdiri dari para-para Nabi, siddiq, syahid, orang-orang Solih dan
Orang-orang yang mendampingi mereka dengan baik, Wahai Tuhan Yang Amat Kasih Sayang.
Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Suport Tesis Argument Anda Kami Perlukan;...